awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empayar media milik Murdoch didakwa punca penyebaran Islamophobia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
20/03/2019
12:01 MYT
Empayar media milik Murdoch didakwa punca penyebaran Islamophobia
Enam akhbar yang dimiliki Murdoch (gambar), The Australian, Herald Sun, Daily Telegraph, Courier Mail dan Adelaide Advertiser menulis 2,981 cerita negatif mengenai Islam dan umatnya dalam tempoh 12 bulan pada 2017. - Gambar fail/REUTERS
PENULIS Australia, CJ Werleman menganggap taikun media, Rupert Murdoch sebagai punca Islamophobia yang semakin membarah di negara itu.
Berdasarkan kajian yang dibuat, media milik empayar Murdoch, termasuk di Australia adalah kerap menyebarkan kebencian terhadap Islam dan umatnya.
Werleman mengungkit kembali sebuah posting di Twitter yang dibuat Murdoch pada 2015, yang menyatakan “Mungkin kebanyakan umat Islam aman, tetapi selagi mereka mengakuinya dan tidak memusnahkan kanser jihadis mereka yang semakin parah, mereka perlu bertanggungjawab.”
My Latest: Murdoch owned media poses the greatest threat to democracy by making us more violent and less informed.https://t.co/iFlmC5pgN4
— CJ Werleman (@cjwerleman) March 20, 2019
Bagi Werlemen, kenyataan tersebut adakah rangkuman kepada bagaimana keganasan pihak berhaluan kanan kini sama seperti pejuang jihad Islam, dan kini ancaman nombor satu bagi sekutu Barat.
Ini kerana empayar media Murdoch yang menguasai apa yang disebarkan kepada majoriti warga Australia, Britain dan Amerika Syarikat.
Kolum yang diterbit di laman web TRT World, turut menuduh empayar media Murdoch sebagai punca ideologi Brexit dan juga kejayaan Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.
Tambah Werlemen lagi, kajian mendapati purata lapan berita yang diterbitkan di akhbar milik Murdoch menulis perkara yang negatif terhadap Islam.
Enam akhbar yang dimiliki Murdoch, The Australian, Herald Sun, Daily Telegraph, Courier Mail dan Adelaide Advertiser menulis 2,981 cerita negatif mengenai Islam dan umatnya dalam tempoh 12 bulan pada 2017.
59% akhbar yang dijual di Australia adalah milik Murdoch, dengan 17.3 juta akhbar setiap minggu boleh dikatakan punca peningkatan kebencian terhadap imigran Islam dan menganggap semua Islam adalah pengganas.
Pada 15 Mac, seorang warga Australia, Brenton Tarrant melancarkan serangan tembakan rambang di dua buah masjid di New Zealand semasa umat Islam sedang menjalani solat Jumaat, menyebabkan 50 korban termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
#Adelaide Advertiser
#Brenton Tarrant
#CJ Werleman
#Courier Mail
#Daily Telegraph
#Herald Sun
#Islamophobia
#New Zealand
#Right Wing
#Rupert Murdoch
#serangan pengganas Christchurch
#The Australian
#TRT World
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan