awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam nyawa terkorban dalam banjir selatan Thailand

Agensi
Agensi
06/01/2017
04:46 MYT
Enam nyawa terkorban dalam banjir selatan Thailand
Keadaan di Koh Samui yang sudah dinaiki air daripada limpahan tasik sejak musim monsun bermula. - Foto AP
Hujan lebat dan banjir di selatan Thailand telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang, mengakibatkan jadual penerbangan tergendala dan gangguan sewaktu musim puncak percutian, jelas pihak berkuasa pada Jumaat (6 Januari).
Sembilan wilayah di selatan Thailand telah dilanda hujan monsun hampir seminggu lamanya, kata Kementerian Dalam Negeri dalam sebuah kenyataan.
Enam orang telah terkorban dan sekurang-kurangnya 120,000 buah rumah telah terjejas, tambahnya lagi.
Banjir besar itu telah menenggelamkan jalan raya, menterbalikkan landasan kereta api dan menangguhkan jadual penerbangan termasuk di pulau Samui – sebuah destinasi terkenal dengan pelancong.
Gambar yang beredar di laman media sosial menunjukkan kereta-kereta separuh tenggelam dalam air lumpur dan para pelancong asing berpaut pada pelampung sehingga menjadi hiburan kepada pemerhati.
Tuula Fitzpatrick, pemilih sebuah rumah penginapan di Samui berkata bahawa banjir itu adalah yang terburuk pernah melanda pulau itu dalam lebih sedekad.
“Banyak penginap di rumah penginapan kami telah dibatalkan penerbangan mereka.
“Saya telah tinggal di sini lebih 12 tahun dan saya tidak pernah melihat banjir seburuk ini. Ia menakutkan. Beberapa pekerja saya tidak dapat datang untuk bekerja,” beliau memberitahu AFP.
Perkhidmatan landasan juga telah terjejas di tanah besar dengan kereta api tidak dapat melepasi daerah dilanda banjir, kata pihak berkuasa pada Jumaat.
“Air banjir telah menenggelamkan landasan dan sesetengah kawasan pula, landasan kereta api turut dihanyutkan air,” kata Thanongsak Kongprasert, timbalan gabenor Landasan Negeri Thailand.
Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha telah dijadulkan untuk menziarah daerah selatan Narathiwat pada Jumaat untuk berjumpa mangsa-mangsa banjir dan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#banjir
#mangsa banjir
#samui
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan