awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan, Trump bincang isu Syria susulan pengunduran tentera AS

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2018
04:53 MYT
Erdogan, Trump bincang isu Syria susulan pengunduran tentera AS
Erdogan (gambar) berkata, selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju mempertingkat koordinasi dalam pelbagai isu, termasuk hubungan perdagangan dan perkembangan di Syria. - Gambar fail
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan rakan sejawat beliau dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad membincangkan isu Syria dalam satu perbualan telefon susulan pengunduran tentera darat AS dari Syria, lapor Bernama, memetik agensi berita China Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Erdogan, kedua-dua pemimpin bersetuju memastikan koordinasi diplomatik dan ketenteraan bagi mencegah kekosongan dari segi kewujudan pihak berkuasa, susulan pengunduran AS dari Syria.
Erdogan turut melahirkan rasa puas hati dengan langkah yang diambil Washington dalam isu memerangi keganasan di Syria, dan berkata Turki bersedia menghulurkan sebarang bantuan.
Katanya dalam akaun Twitter selepas rundingan itu, kedua-dua mereka bersetuju mempertingkat koordinasi dalam pelbagai isu, termasuk hubungan perdagangan dan perkembangan di Syria.
Pada 19 Dis, Washington mengumumkan untuk mengundurkan tenteranya dari Syria selepas mendakwa meraih kemenangan dalam perjuangan menentang kumpulan militan Daesh tanpa mendedahkan sebarang butiran terperinci.
Susulan langkah AS itu, Erdogan pada Jumaat berkata Turki telah memutuskan untuk menangguhkan operasi rentas sempadannya di kawasan yang dikuasai militia Kurdish di utara Syria.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Daesh
#Donald Trump
#koordinasi diplomatik
#militan
#perbualan telefon
#pihak berkuasa
#Recep Tayyip Erdogan
#Syria
#tentera
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan