awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU janjikan bantuan berbilion euro kepada Jordan sebagai sokongan terhadap kestabilan politik, ekonomi

Bernama
Bernama
30/01/2025
00:45 MYT
EU janjikan bantuan berbilion euro kepada Jordan sebagai sokongan terhadap kestabilan politik, ekonomi
Jordan telah menunjukkan kemurahan hati luar biasa dengan menampung jutaan pelarian dan komited sepenuhnya terhadap usaha mempromosikan keamanan serta keselamatan di peringkat global, kata Ursula von der Leyen dalam pertemuan bersama Raja Abdullah.
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan sokongan terhadap kestabilan politik dan ekonomi Jordan dengan bantuan berjumlah EUR3 bilion (US$3.1 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Jordan telah menunjukkan kemurahan hati luar biasa dengan menampung jutaan pelarian dan komited sepenuhnya terhadap usaha mempromosikan keamanan serta keselamatan di rantau ini dan di peringkat global," kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam pertemuan bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Brussels.
"Jordan memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan gencatan senjata di Gaza," kata von der Leyen, sambil menekankan peranan negara itu dalam menyokong peralihan di Syria selepas kejatuhan pemerintahan Bashar al-Assad.
Bantuan berbilion euro daripada Kesatuan Eropah (EU) itu adalah sebahagian daripada perjanjian mengenai perkongsian strategik komprehensif baharu antara EU dan Jordan.
Perjanjian itu merangkumi kerjasama yang dipertingkatkan dalam memerangi keganasan, penyeludupan dadah dan jenayah terancang, serta isu migrasi.
Jordan merupakan antara negara yang memiliki jumlah pelarian tertinggi mengikut nisbah penduduk, dengan ramai rakyat Palestin dan Syria berlindung di negara itu.
Menurut EU, pakej sokongan itu merangkumi EUR640 juta dalam bentuk geran, EUR1.4 bilion untuk pelaburan, dan EUR1 bilion dalam bentuk pinjaman bagi bantuan ekonomi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Eropah
#Kesatuan Eropah
#bantuan kepada Jordan
#Gencatan senjata Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan