awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU kecam hukuman penjara tambahan terhadap Suu Kyi

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2022
01:00 MYT
EU kecam hukuman penjara tambahan terhadap Suu Kyi
EU gesa junta Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi dan semua tahanan politik di negara itu. -Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk hukuman penjara tambahan terhadap bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang didapati bersalah atas penipuan pilihan raya.
Menurut diplomat tertinggi EU, Josep Borrel, hukuman tiga tahun tambahan penjara dan kerja berat yang dikenakan terhadap Suu Kyi adalah tidak wajar.
Justeru EU menggesa junta Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi dan semua tahanan politik di negara itu.
Suu Kyi yang merupakan pemenang hadiah nobel keamanan dan ketua penentang terhadap pemerintahan tentera selama beberapa dekad telah ditahan sejak rampasan kuasa awal tahun lalu.
Beliau telah pun dijatuhi hukuman penjara lebih 17 tahun.
Suu Kyi telah menafikan semua tuduhan terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Josep Borrel
#EU
#hukuman penjara tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan