awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU luluskan bantuan ketenteraan 500 juta Euro untuk Ukraine

Agensi
Agensi
01/03/2022
10:19 MYT
EU luluskan bantuan ketenteraan 500 juta Euro untuk Ukraine
EU meluluskan bantuan menyediakan peralatan dan bekalan kepada angkatan tentera ukraine, termasuk senjata maut, bernilai 500 juta euro. - Gambar fail
KESATUAN EROPAH (EU) meluluskan pelan bantuan ketenteraan untuk Ukraine dan bercadang mengenakan beberapa tindakan terhadap Rusia yang disifatkan akan memberi "kesan buruk kepada Rusia".
Menerusi satu kenyataan pada Isnin, EU meluluskan bantuan menyediakan peralatan dan bekalan kepada angkatan tentera Ukraine, termasuk senjata bernilai 500 juta euro.
Selain itu, negara anggota EU akan menutup ruang udara mereka ke Rusia dan melarang transaksi mereka dengan bank dari negara tersebut.
EU juga menuntut Rusia menghentikan operasi ketenteraan serta-merta dan menarik balik semua tentera serta peralatan ketenteraan tanpa syarat dari seluruh wilayah Ukraine.
Wakil EU, Josep Borrell pada Isnin berkata EU akan menyediakan Ukraine dengan data peninjauan angkasa melalui pusat satelit EU di Madrid, Sepanyol.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pula berkata, NATO menyediakan peluru berpandu anti-pesawat, senjata anti-kereta kebal dan bantuan lain kepada Ukraine.
Pada masa sama, NATO juga telah mengukuhkan pertahanannya di rantau Baltik dan bersedia untuk melakukan lebih banyak.
Rusia dan Ukraine telah memuktamadkan pusingan pertama rundingan mereka di Belarus pada Isnin dan memutuskan untuk mengadakan satu lagi pusingan dalam beberapa hari akan datang.
Penganalisis berkata dengan keputusan bantuan ketenteraan, EU hanya akan merumitkan keadaan pada ketika ini.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#NATO
#EU
#Kesatuan Eropah
#putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan