awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tolak cubaan ubah komposisi demografi Gaza

Bernama
Bernama
09/05/2025
13:52 MYT
EU tolak cubaan ubah komposisi demografi Gaza
Kallas menyuarakan kebimbangan mendalam EU terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza. - Gambar fail/REUTERS
WARSAW: Wakil Peringkat Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kaja Kallas dengan tegas menolak sebarang cubaan untuk mengubah komposisi demografi atau sempadan geografi Semenanjung Gaza, termasuk pemindahan paksa rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Bercakap pada sidang media di ibu kota Poland, Warsaw selepas mesyuarat tidak rasmi menteri luar EU, Kallas menyuarakan kebimbangan mendalam EU terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.
Beliau memaklumkan yang menteri luar sebulat bersetuju suara yang keadaan kemanusiaan di wilayah itu kini terlalu teruk dan semakin memburuk dengan pantas.
Kallas turut menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel agar segera menarik balik sekatan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.
Mengenai situasi di Syria, Kallas menyambut baik pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menggesa agar sekatan terhadap Syria dilonggarkan, sambil menjelaskan yang perkara itu sedang dibincangkan dalam kalangan institusi EU.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#Kaja Kallas
#komposisi demografi Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan