awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA belum capai keputusan bagi dos penggalak vaksin J&J

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2021
22:35 MYT
FDA belum capai keputusan bagi dos penggalak vaksin J&J
Data yang diserahkan oleh pihak J&J masih tidak mencukupi termasuk kadar keberkesanan terhadap varian Delta. - Foto fail/REUTERS
PHILADELPHIA: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat kini dalam proses membuat keputusan keperluan suntikan penggalak atau 'booster shot' terhadap vaksin COVID-19 satu dos, Johnson and Johnson.
Syarikat pengeluar vaksin COVID-19 yang lain menawarkan suntikan penggalak selepas enam bulan suntikan kedua diberikan.
Namun, data yang yang diserahkan oleh J&J mencadangkan garis masa yang lain iaitu antara dua hingga enam bulan selepas suntikan pertama.
Dalam laporan yang diterbitkan pada Rabu, para saintis FDA masih belum mencapai keputusan muktamad.
Dakwanya data yang diserahkan oleh pihak J&J masih tidak mencukupi termasuk kadar keberkesanan terhadap varian yang lebih cepat menular seperti varian Delta.
Pada Khamis dan Jumaat pula, badan penasihat FDA akan mencadangkan keperluan suntikan penggalak terhadap vaksin J&J dan Moderna.
Kemudian minggu hadapan, FDA akan membuat ketetapan muktamad dalam meluluskan penggunaan suntikan penggalak dan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) akan membahaskan keperluannya.
Untuk rekod, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan vaksin yang dikeluarkan negara itu terus menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam melindungi simptom yang lebih teruk selepas dijangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#johnson and johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan