awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bernie Sanders paksa undian Senat mengenai pembiayaan AS untuk Israel
AS tidak meminta pelanjutan gencatan senjata Iran, rundingan disifatkan 'produktif'
Ketua Tentera Pakistan lawat Tehran dalam usaha hidupkan semula rundingan AS–Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri Bangladesh karam: Sepuluh lagi mayat ditemui

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2014
12:05 MYT
Feri Bangladesh karam: Sepuluh lagi mayat ditemui
Seorang wanita di sisi mayat mangsa feri karam di Sungai Meghna. --AP Photo/Sony Ramany
Angka korban feri karam di Bangladesh meningkat kepada 22 orang termasuk 12 kanak-kanak dan wanita apabila sepuluh lagi mayat ditemui.
Jumlah korban dijangka meningkat dengan laporan awal menyatakan terdapat penumpang terperangkap di dek bawah kapal.
Usaha awal mengapungkan feri MV Miraz yang membawa 200 penumpang ke permukaan air gagal selepas ia tenggelam sedalam 17 meter.
Pegawai kerajaan Bangladesh memaklumkan kebanyakan penumpang bergegas ke dek bawah ketika feri mula tenggelam untuk menyelamatkan diri akibat angin kencang.
Mereka bagaimanapun terperangkap dan tidak sempat keluar ketika feri mulai tenggelam.
Feri berkenaan dilapor sedang dalam perjalanan dari Dhaka ke Shariatpur sebelum ia dikatakan terbalik ketika ribut melanda Sungai Meghna.
Laporan awal menyebut lebih 40 orang berjaya menyelamatkan diri dan diselamatkan beberapa bot nelayan ketika feri mulai karam.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#feri
#karam
#Sungai Meghna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan