awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri karam: 52 disahkan maut, 250 masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2014
11:24 MYT
Feri karam: 52 disahkan maut, 250 masih hilang
Feri Sewol karam - Gambar fail
Jumlah mangsa yang maut akibat kapal karam di perairan Korea Selatan pada Rabu lepas disahkan meningkat kepada 52 orang, lapor portal berita The Guardian.
Mayat-mayat tersebut ditemui dalam keadaan terperangkap di dalam feri tersebut.
Namun, sekitar 250 masih lagi hilang dimana kebanyakkannya merupakan pelajar sekolah menengah yang dalam perjalanan untuk lawatan sekolah dimana insiden ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan ibu bapa.
Menurut laporan awal, penyelam pada mulanya gagal untuk memasuki ke dalam feri yang sudah tenggelam itu disebabkan ombak kuat serta jarak penglihatan yang terhad.
Pada lewat Sabtu, para penyelam bertindak memecahkan tingkap feri itu dan meneruskan operasi mencari sehingga Ahad dimana penyelam-penyelam tersebut telah menjumpai mayat-mayat mangsa yang masih terperangkap dalam kapal tersebut.
13 mayat dijumpai terperangkap di dalam kapal itu, manakala enam lagi dijumpa terapung, menurut pegawai pengawal pantai.
Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.
Ia dilaporkan karam pada awal pagi Rabu selepas kapal seberat 6,825 tan ini mula condong dan terbalik sepenuhnya dalam masa dua jam selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 09:00 (0000 GMT).
Polis Korea Selatan awal pagi semalam menangkap kapten serta dua anak kapal feri tersebut.
Lee Joon Seok, 68 tahun bakal berdepan lima tuduhan termasuk cuai ketika bertugas dan melanggar undang-undang maritim.
Topic Berkaitan
#feri Sewol
#Korea Selatan
#Lee Joon Seok
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan