awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fiji pertimbang buka semula tiga kedutaan termasuk di Malaysia

Bernama
Bernama
21/06/2023
12:07 MYT
Fiji pertimbang buka semula tiga kedutaan termasuk di Malaysia
Negara kepulauan Pasifik itu telah menutup lima misi diplomatik di Washington DC, Seoul, Port Moresby, Brussels dan Kuala Lumpur akibat pandemik COVID-19 lalu.
SUVA: Kabinet Fiji bersetuju mempertimbangkan untuk membuka semula kedutaan di Malaysia, Papua New Guinea dan Amerika Syarikat serta menubuhkan kedutaan baharu di Israel, di bawah Belanjawan 2023-2024, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan kerajaan pada Rabu, negara kepulauan Pasifik itu telah menutup lima misi diplomatik di Washington DC, Seoul, Port Moresby, Brussels dan Kuala Lumpur sebagai sebahagian langkah penstrukturan di bawah Belanjawan 2020/2021 disebabkan pandemik COVID-19.
Penglibatan Fiji dengan negara yang terlibat, kini dijalankan oleh misi lain, termasuk mengenai pengaturan akreditasi.
Menurut kenyataan itu, langkah membuka semula kedutaan diambil selaras dengan pembukaan semula sempadan dan aktiviti di seluruh dunia kembali normal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fiji
#kedutaan
#pandemik
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan