awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina, China buat dakwaan bercanggah mengenai insiden di laut

Bernama
Bernama
28/04/2023
13:54 MYT
Filipina, China buat dakwaan bercanggah mengenai insiden di laut
Manila dan Beijing mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang dipertikai, yang menyaksikan ketegangan berterusan. - AP
ISTANBUL: Filipina dan China pada Jumaat membuat dakwaan bercanggah mengenai insiden yang melibatkan kapal dari jiran maritim yang berlaku Ahad lalu, lapor Anadolu.
Manila pada awal hari itu menuduh China melakukan "taktik agresif" di laut, merujuk kepada insiden itu.
Pengawal Pantai Filipina (PCG) berkata: "Pada pagi 23 April 2023, dua kapal Pengawal Pantai China (CCG) telah memintas kapal PCG yang berada di sekitar Ayungin Shoal."
"Kapal CCG 5201 dan 4202 masing-masing mempamerkan taktik agresif terhadap (kapal PCG) BRP Malapascua dan BRP Malabrigo," menurut kenyataan itu.
Manila dan Beijing mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang dipertikai, yang menyaksikan ketegangan berterusan antara jiran maritim.
Beijing pula mendakwa kapal Manila menceroboh perairannya dan telah membuat bantahan terhadap negara Asia Tenggara itu.
Mao Ning, jurucakap Kementerian Luar China, memberitahu wartawan di Beijing: "China mengemukakan representasi yang serius dan rasa tidak puas hati terhadap kapal pengawal pantai Filipina yang menceroboh perairan di Terumbu Ren'ai."
"Ia merupakan tindakan terancang dan provokatif kapal Filipina untuk menyerbu ke perairan Terumbu Ren'ai dengan wartawan di dalamnya. Ia bertujuan untuk sengaja mencari kesalahan China dan menggembar-gemburkan kemungkinan berlaku insiden," kata Mao, menggesa Manila supaya "menghormati kedaulatan wilayah China dan hak maritim serta kepentingan di Laut China Selatan," lapor akhbar harian China Global Times.
Manila pula menuduh kapal CCG bernombor 5201 melakukan "gerakan berbahaya berhampiran BRP Malapascua, mengekalkan jarak berbahaya hanya 50 ela."
Insiden itu berlaku ketika Menteri Luar China Qin Gang melawat Manila antara 21 dan 23 April.
"Keberadaan terlalu dekat ini menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan kapal Filipina dan anak kapalnya," kata PCG.
Pengawal pantai itu juga berkata ia telah menyerahkan laporan kepada Pasukan Petugas Kebangsaan Laut Filipina Barat, "menunjukan kehadiran kapal perang China, kemunculan berterusan kapal CMM yang didakwa dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina, serta tindakan agresif CCG terhadap kapal PCG."
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Filipina
#China
#Laut China Selatan
#pengawal pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan