awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
Malaysia sambut baik perkembangan positif Asia Barat, tekankan keamanan berkekalan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina keluarkan amaran La Nina

Bernama
Bernama
13/07/2024
14:15 MYT
Filipina keluarkan amaran La Nina
Biro cuaca Filipina turut memberi amaran tentang potensi kesan buruk, termasuk banjir dan tanah runtuh di kawasan terdedah, dengan pelbagai magnitud. - Gambar fail/AP
MANILA: Biro cuaca Filipina telah mengeluarkan amaran untuk La Nina, mencadangkan bahawa 70 peratus fenomena cuaca itu akan bermula pada Ogos dan berkemungkinan berterusan sehingga suku pertama tahun depan, lapor Xinhua.
Dalam nasihat dikeluarkan pada Jumaat, biro itu berkata pemantauan iklim menunjukkan "penyejukan lanjut suhu permukaan laut merentasi pusat dan timur khatulistiwa Pasifik."
Ia memberi amaran bahawa negara ini berada pada risiko tinggi aktiviti olakan yang meningkat dan berlakunya siklon tropika, yang boleh menyebabkan hujan melebihi tahap normal di beberapa bahagian negara dalam bulan-bulan akan datang.
Biro itu turut memberi amaran tentang potensi kesan buruk, termasuk banjir dan tanah runtuh di kawasan terdedah, dengan pelbagai magnitud.
Ia menekankan kepentingan pemantauan berterusan dan pelaksanaan langkah berjaga-jaga terhadap kesan iklim yang akan datang untuk semua agensi kerajaan yang berkaitan dan orang awam.
La Nina adalah corak iklim global di mana air sejuk dari dasar Lautan Pasifik timur muncul ke permukaan, mewujudkan kolam air yang lebih sejuk daripada normal di sepanjang khatulistiwa Pasifik timur dan tengah.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Filipina
#La nina
#amaran
#fenomena cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan