awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina pindah lebih 900 keluarga susulan aktiviti Gunung Berapi Mayon

Bernama
Bernama
15/01/2018
12:22 MYT
Filipina pindah lebih 900 keluarga susulan aktiviti Gunung Berapi Mayon
Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20 kilometer, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Romulo Quinto Ceneta/via REUTERS
Lebih 900 keluarga di kawasan berhampiran gunung berapi Mayon, di wilayah tengah Albay, Filipina dipindahkan, berikutan aktiviti luar biasa gunung berapi berkenaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, Romina Marasigan berkata, seramai 919 isi rumah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan apabila gunung berapi itu mengeluarkan abu.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Philvolcs), gunung berapi itu mula mengeluarkan abu pada Sabtu (13 Januari), dengan dua letusan berlaku pada pagi Ahad (14 Januari), memuntahkan abu kira-kira setinggi 2,500 meter.
Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20 kilometer, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.
Letusan paling banyak menyebabkan kemusnahan ialah pada 1814, yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa dan tiga bandar ditenggelami oleh lumpur dan batu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#gunung berapi
#Gunung Mayon
#letusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan