awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Foto "budak hilang" jinjing beg plastik, tersebar luas di media sosial

Agensi
Agensi
19/02/2014
01:54 MYT
Foto "budak hilang" jinjing beg plastik, tersebar luas di media sosial
Marwan
Marwan
AMMAN: Foto seorang pelarian kanak-kanak Syria berusia empat tahun menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas dia mendakwa telah merayau di kawasan gurun untuk mencari keluarganya, hakikatnya dia tertinggal hanya beberapa meter dari mereka.
Beberapa agensi media sebelum ini telah memaparkan foto terbabit menerusi laman Twitter yang pada asalnya dinaikkan oleh pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Pelarian, Andrew Harper di Jordan.
Menurut Harper, kanak-kanak bernama Marwan itu ditemui sedang mengepit sebuah beg plastik sebelum beberapa pegawai PBB datang membantunya.
Marwan
Marwan
Dia kemudiannya ditemukan semula dengan anggota keluarganya sejurus kemudian.
“Marwan telah selamat ditemukan dengan ibunya sejurus dibawa merentasi sempadan Jordan," kata Harper
Dia turut memperbetulkan fakta bahawa kanak-kanak itu hanya tertinggal beberapa meter dari keluarganya dan tidak terpisah "lama" seperti yang dilaporkan beberapa agensi berita.
Kanak-kanak itu hanya terpisah dalam masa beberapa minit dan ibu Marwan tidak dapat membimbitnya ekoran bebanan barangan dan mendukung adiknya yang dibawa bersama.
Dianggarkan ketika itu ada antara 600 hingga 1,000 pelarian dilaporkan memasuki Jordan bersama Marwan.
Jordan kini menempatkan lebih 500 ribu pelarian.
Marwan ditempatkan di kem pelarian Zaatari yang turut menempatkan 100, 000 pelarian Syria.
Topic Berkaitan
#Marwan
#pelarian
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan