awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2022
05:18 MYT
Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Eril berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institut pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana. - Foto Instagram/@kompascom
KELUARGA Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil sudah reda dan menerima bahawa anak mereka, Emmeril Kahn Mumtadz (Eril) yang hilang di Sungai Aare, Bern, Swiss, meninggal dunia akibat lemas.
Perkara itu disampaikan oleh abang Ridwan, Erwin Muniruzaman dalam sidang media di Gedung Pakuang, Bandung pada Jumaat.
Menurutnya, sebelum menyatakan Eril sudah meninggal dunia, keluarganya sudah sedaya-upaya menjalankan usaha pencarian.
“Keluarga melihat, menilai dan menyemak seluruh proses yang dilakukan dalam pencarian Eril di Sungai Aare, Switzerland.
“Pihak berkuasa juga sudah melakukan pencarian yang spesifik untuk mencari Eril.
BACA: Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil gagal ditemui selepas hanyut di sungai Switzerland
“Melihat perkara itu, Ridwan dan isteri, Atalia Praratya mengatakan bahawa mereka ikhlas dan yakin bahawa Eril sudah meninggal dunia akibat lemas,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.
Astro AWANI pada Sabtu lepas melaporkan pihak berkuasa Switzerland meneruskan misi mencari Eril, anak kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang di Sungai Aare pada 26 Mei lepas.
Jurucakap polis, Joel Regli dipetik agensi AP sebagai berkata, Eril dipercayai hilang pada pagi Khamis sewaktu sedang berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra, dan teman mereka, di sungai berkenaan, yang terletak berdekatan pusat bandar.
Anak sulung Ridwan itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institut pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.
Topic Berkaitan
#Gabenor Jawa Barat
#Ridwan Kamil
#Emmeril Kahn Mumtadz
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan