awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis pasang jerangkap samar elak ditangkap junta

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2022
02:00 MYT
Gadis pasang jerangkap samar elak ditangkap junta
Ma Chaw Su Aung diburu pihak junta kerana menghasut penduduk tempatan menyertai gerakan antirampasan kuasa. -Foto Sinar Harian
YANGON: Seorang gadis berusia 21 tahun di wilayah Sagaing, Myanmar menjadi buruan selepas tindakannya menanam periuk api di sekitar kediaman keluarganya mencederakan puluhan anggota tentera junta.
Jerangkap samar yang dipasang Ma Chaw Su Aung menyebabkan lebih 50 anggota tatmadaw cedera.
Insiden di Kale itu berlaku ketika sepasukan anggota tatmadaw menyerbu kediaman keluarga gadis tersebut selepas dia dituduh menghasut penduduk tempatan di media sosial untuk menyertai gerakan antirampasan kuasa.
Su Aung merupakan anggota Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) yang lantang menyuarakan bantahan terhadap penyingkiran Aung San Suu Kyi menerusi peristiwa rampasan kuasa pada 21 Februari tahun lalu.
"Saya tidak rugi apa-apa sejak menyertai gerakan antijunta. Saya akan lakukan apa sahaja untuk musnahkan mereka (tatmadaw).
"Jerangkap samar itu sebagai peringatan kepada tatmadaw bahawa mereka tidak boleh masuk ke rumah orang sesuka hati," ujarnya.
Su Aung berjaya melarikan diri dan kini dilaporkan sedang bersembunyi di lokasi yang dirahsiakan.
Pada September lalu, junta memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang dengan mengancam untuk mengenakan hukuman penjara hingga 10 tahun semata-mata kerana ‘like’ atau berkongsi kandungan berkait gerakan itu dalam media sosial. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Ma Chaw Su Aung
#junta Myanmar
#jerangkap samar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan