awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambia rampas aset bekas presiden Jammeh

Bernama
Bernama
13/06/2019
02:09 MYT
Gambia rampas aset bekas presiden Jammeh
Jammeh, sama ada secara langsung atau menerusi pihak ketiga, didapati telah menyeleweng lebih AS$20 juta. - Foto Reuters/Carlos Garcia Rawlins/Files
Peguam Negara dan Menteri Keadilan Gambia Abubacarr Tambadou pada Rabu mengumumkan dalam sidang media mengenai pelucuthakan semua aset bekas Presiden Yahya Jammeh, lapor agensi berita China Xinhua.
"Semua institusi kewangan di negara ini, terutama bank komersial, adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap tindakan dan pengumuman ini yang akan disusuli surat-menyurat khusus yang dialamatkan kepada setiap institusi yang terlibat," katanya.
Beliau berkata langkah itu adalah perlu susulan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan yang baru-baru ini mengemukakan laporan penyiasatan lebih dua tahunnya terhadap urusan kewangan bekas pemerintah itu kepada Presiden Adama Barrow.
Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan itu menunjukkan "Jammeh, sama ada secara langsung atau menerusi pihak ketiga, telah menyeleweng lebih 1 bilion dalasis (lebih AS$20 juta)."
Tambadou berkata kementeriannya kini mengambil semua langkah untuk menasihati presiden berhubung laporan itu.
Kerajaan semasa Gambia telah secara konsisten mendakwa bahawa mereka telah mewarisi ekonomi miskin akibat penyelewengan kewangan oleh pentadbiran terdahulu selama lebih 20 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gambia
#miskin
#penyelewengan kewangan
#Yahya Jammeh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan