awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2024
09:12 MYT
Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Gangguan itu menyaksikan mesin pelayan dan juga komputer berdepan isu BSOD ataupun Blue Screen of Death yang memaksa penutupan sesebuah komputer. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan perjalanan operasi di beberapa negara termasuk Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Gangguan itu menyaksikan mesin pelayan dan juga komputer berdepan isu BSOD ataupun Blue Screen of Death yang memaksa penutupan sesebuah komputer.
Gangguan yang dikaitkan dengan Windows Microsoft itu turut menjejaskan operasi pendaftaran masuk di lapangan terbang.
Di Amerika Syarikat, syarikat penerbangan utama American Airlines, Delta Airlines, United Airlines dan Allegiant Air turut mengumumkan penangguhan operasi susulan gangguan itu.
Reuters melaporkan, berdasarkan maklumat awal, Crowdstrike mengakui berlaku gangguan pada sistem operasi Windows Microsoft yang melibatkan sistem sensor Falcon.
Pejabat Penyelarasan Keselamatan Siber Nasional Australia, Michelle McGuinness dalam catatan di platform X memaklumkan tiada sebarang bukti yang menunjukkan gangguan itu ekoran serangan pada keselamatan siber.
CrowdStrike pernah meraih anugerah Syarikat Terbaik 2022 dalam Industri Pengesanan dan Respons Terurus Asia Pasifik Frost and Sullivan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#keselamatan siber
#Singapura
#Crowdstrike
#Windows Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan