awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS gantung bantuan US$700 juta kepada Sudan selepas rampasan kuasa tentera

Bernama
Bernama
26/10/2021
04:19 MYT
AS gantung bantuan US$700 juta kepada Sudan selepas rampasan kuasa tentera
Pada Isnin, Abdel Fattah mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan, dan membubarkan majlis berdaulat peralihan dan kerajaan. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menggantung bantuan ekonomi berjumlah US$700 juta kepada Sudan selepas pasukan tentera negara itu menahan pemimpin dan pegawai awam, lapor Xinhua.
"AS mengecam tindakan semalaman yang dlakukan pasukan tentera Sudan," kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price semasa taklimat media.
"Penangkapan pegawai kerajaan awam dan pemimpin politik lain, termasuk Perdana Menteri (Abdalla) Hamdok, menjejaskan proses peralihan negara itu kepada pemerintahan awam yang demokratik."
"Berdasarkan perkembangan ini, AS menghentikan bantuan US$700 juta daripada peruntukan bantuan kecemasan untuk dana sokongan ekonomi untuk Sudan," tambahnya.
Price menggesa tentera supaya segera membebaskan semua pegawai yang ditahan, memulihkan sepenuhnya kerajaan peralihan yang diketuai orang awam dan mengelakkan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Terdahulu pada Isnin, Pengerusi Majlis Berdaulat Sudan Abdel Fattah Al-Burhan mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan, dan membubarkan majlis berdaulat peralihan dan kerajaan.
Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok, anggota komponen awam Majlis Berdaulat Peralihan dan beberapa menteri ditangkap oleh pasukan tentera gabungan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#gantung bantuan ekonomi
#Sudan
#Ned Price
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan