awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang haba cetus kebakaran besar di Greece

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2022
23:30 MYT
Gelombang haba cetus kebakaran besar di Greece
Kebakaran hutan yang tercetus di Krestena akibat gelombang haba yang melanda Greece. - Foto REUTERS
ILIA: Kebakaran besar berlaku di selatan Greece menyebabkan kemusnahan di kampung yang terletak berhampiran tapak arkeologi Olympia purba, pada Ahad.
Kebakaran bermula berhampiran perkampungan Krestena dan Skillountia, selatan dan tenggara Olympia purba.
Pihak berkuasa telah memindahkan penduduk di sekurang-kurangnya enam kampung di kawasan itu.
Jurucakap perkhidmatan bomba berkata, 43 jentera bomba, empat pesawat dan empat helikopter serta 125 anggota dikerahkan untuk memadam kebakaran.
Terdapat sekurang-kurangnya enam lagi kebakaran di seluruh Greece dengan tiga daripadanya terbakar selama beberapa hari.
Keadaan panas dan kering bersama dengan angin kencang yang sering bertukar arah telah berlaku selama berminggu-minggu di Greece.
Gelombang haba yang mula melanda negara itu pada Sabtu menyebabkan suhu melepasi 41 Celsius di beberapa tempat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#gelombang haba
#Olympia purba
#tapak arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan