awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Banyuwangi, Jawa Timur

Agensi
Agensi
25/09/2025
11:12 MYT
Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Banyuwangi, Jawa Timur
Berdasarkan pengumuman BMKG menerusi akaun rasmi X @infoBMKG, gempa itu "tidak berpotensi mencetuskan tsunami".
JAKARTA: Gempa bumi dengan ukuran magnitud 5.7 menggegarkan wilayah Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia pada Khamis, jam 4.04 petang waktu tempatan.
Memetik portal berita Detik.com, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) merekodkan lokasi gempa berkenaan terjadi di sekitar 46 kilometer wilayah timur laut Banyuwangi. Kedalaman gempa pula dicatatkan pada 12 kilometer.
Bagaimamapun, berdasarkan pengumuman BMKG menerusi akaun rasmi X @infoBMKG, gempa itu "tidak berpotensi mencetuskan tsunami".
Sehingga kini, belum ada laporan rasmi tentang impak gegaran tersebut, termasuk kesan kerosakan mahupun jumlah mangsa yang terjejas.
Sementara itu, CNBC Indonesia melaporkan, kejadian gempa berkenaan disusuli dengan lima gegaran susuan.
Berdasarkan keterangan bertulis daripada Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono, menjelaskan, gempa bumi yang terjadi itu adalah jenis gempa bumi yang cetek, selain adanya aktiviti sesar aktif.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#banyuwangi
#Jawa Timur
#sesar aktif
#BMKG
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan