awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Pelaburan Google dalam SpaceX boleh cecah AS$100 bilion menjelang IPO
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 6.4 skala Richter landa Croatia, sekurang-kurangnya satu maut, ratusan cedera

Reuters
Reuters
29/12/2020
14:43 MYT
Gempa bumi 6.4 skala Richter landa Croatia, sekurang-kurangnya satu maut, ratusan cedera
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) memaklumkan pusat gempa berada di bandar Petrinja, 50 kilometer ke selatan Zagreb. - Reuters
ZAGREB:Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 skala Richter melanda sebuah bandar di tengah Croatia pada Selasa, meragut nyawa sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak, manakala ratusan lagi tercedera dan menyebabkan kemusnahan teruk.
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan, dan pasukan tentera telah dihantar untuk membantu.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) memaklumkan pusat gempa berada di bandar Petrinja, 50 kilometer ke selatan Zagreb.
Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di Sisak, Tomislav Fabijanic, memberitahu media tempatan ramai mangsa yang ditemui di Petrinja dan Sisak.
Sementara itu, Perdana Menteri Adrej Plenkovic, berkata: "Kami dimaklumkan seorang kanak-kanak terkorban. Belum diketahui jika ada mangsa lain yang maut," katanya.
Gempa itu juga dapat dirasakan di negara jiran termasuk Bosnia dan Serbia.
Di Slovenia, agensi berita STA melaporkan satu-satunya loji tenaga nuklear di negara itu, yang terletak 100 kilometer dari pusat gempa, ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Di Hungary, loji tenaga nuklear, Paks Hungary memaklumkan bahawa pihak mereka tidak menghentikan operasi walaupun gegaran turut dirasakan di sana.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Zagreb
#Croatia
#maut
#Kanak-kanak
#mangsa
#nuklear
#korban
#cedera
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan