awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Hokkaido: 2 terbunuh, ramai lagi hilang

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2018
04:09 MYT
Gempa bumi Hokkaido: 2 terbunuh, ramai lagi hilang
Orang ramai melihat kawasan yang mengalami kemusnahan akibat gempa bumi di Sapporo, Hokkaido, Jepun, 6 Sept, 2018. Foto Kyodo/via REUTERS
Satu gempa bumi kuat menggegarkan pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi Khamis, mengakibatkan tanah runtuh yang memusnahkan kediaman.
Bekalan kuasa elektrik turut terputus sementara satu loji kuasa nuklear terpaksa beroperasi dengan bergantung kepada generator sementara.
Gempa yang bermagnitud 6.7 melanda selatan Hokkaido pada 3.08 pagi pada kedalaman 40 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gempa itu berpusat di timur bandar Tomakomai namun goncangan itu telah merosakkan jalan-jalan dan rumah-rumah di Sapporo, ibu negeri Hokkaido, yang mempunyai populasi 1.9 juta.
Ketua Setiausaha Kerajaan, Yoshihide Suga, memberitahu satu sidang media, setakat ini, dua orang telah disahkan mati.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya.
Stesen televisyen nasional Jepun, NHK, membuat kiraannya sendiri, melaporkan seramai 125 cedera dan hampir 40 dikhuatiri hilang.
Agensi bencana tempatan Hokkaido meletakkan jumlah yang cedera pada 48.
Beberapa orang turut dilaporkan hilang di bandar Atsuma, di mana tanah runtuh besar berlaku, menimbus kediaman dengan tanah, batu dan balak.
Topic Berkaitan
#atsuma
#bekalan elektrik
#gempa bumi
#Hokkaido
#Jepun
#mangsa
#maut
#NHK
#tanah runtuh
#Yoshihide Suga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan