awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Rusia: Filipina tarik balik nasihat tsunami, tiada ancaman gelombang susulan

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
10:34 MYT
Gempa bumi Rusia: Filipina tarik balik nasihat tsunami, tiada ancaman gelombang susulan
Dalam kemas kini terbaharu, Phivolcs memaklumkan semua kesan daripada gangguan paras laut kecil telah berlalu dan tiada ancaman tsunami selanjutnya terhadap Filipina. -X @phivolcs_dost
MANILA: Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) membatalkan nasihat tsunami yang dikeluarkan kepada komuniti pesisir di seluruh negara selepas tiada peningkatan paras laut atau gelombang tsunami direkodkan susulan gempa bumi kuat 8.8 magnitud di pesisir timur Rusia awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Phivolcs membatalkan nasihat tsunami di Filipina selepas tiada peningkatan paras laut direkodkan.
  • Lebih 20 wilayah sebelum ini terlibat dalam nasihat tsunami dan penduduk telah diarahkan menjauhi pantai sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Phivolcs mengesahkan tiada ancaman tsunami selanjutnya dan ini merupakan maklumat terakhir bagi kejadian tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu, Phivolcs memaklumkan semua kesan daripada gangguan paras laut kecil telah berlalu dan tiada ancaman tsunami selanjutnya terhadap Filipina.
“Tiada gangguan paras laut yang signifikan atau gelombang tsunami merosakkan direkodkan sejak gempa bumi jam 7.25 pagi,” menurut kenyataan rasmi agensi itu.
CANCELLATION OF TSUNAMI ADVISORY for the 2025 July 30 Magnitude 8.7 Kamchatka, Russia Earthquake #TsunamiPHhttps://t.co/x69wMlPNYH pic.twitter.com/RfpHxdDKwA
— PHIVOLCS-DOST (@phivolcs_dost) July 30, 2025
Nasihat tsunami sebelum ini melibatkan lebih 20 wilayah termasuk Batanes, Cagayan, Isabela, Aurora, Quezon, Camarines Norte dan Sur, Albay, Sorsogon, Catanduanes, Samar, Leyte, Dinagat Islands, Surigao, dan seluruh rantau Davao.
Penduduk di kawasan pesisir telah diarahkan menjauhi pantai dan berpindah ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
Phivolcs mengesahkan bahawa ini merupakan maklumat tsunami terakhir yang akan dikeluarkan bagi kejadian ini.
Topic Berkaitan
#Filipina
#gempa bumi
#tsunami
#Phivolcs
#Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina
#batal nasihat tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan