awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Syria: Pasukan penyelamat rayu bantuan

Bernama
Bernama
09/02/2023
20:20 MYT
Gempa bumi Syria: Pasukan penyelamat rayu bantuan
Pasukan penyelamat yang menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan di barat laut Syria merayu peralatan segera dihantar ke lokasi terjejas. - Gambar fail/REUTERS
DAMSYIK: Pasukan penyelamat yang menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan di barat laut Syria merayu peralatan segera dihantar ke lokasi terjejas, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
"Kami perlukan kren untuk mengeluarkan bongkah besar. Kami memerlukan peralatan berat untuk menangani tragedi ini," kata timbalan ketua penyelamat White Helmets Munir Mustafa pada Khamis.
Sementara itu Ubadah Zekra yang menyelaraskan operasi menyelamat dengan White Helmets berkata: "Kami menggunakan tangan dan penyodok untuk membersihkan serpihan. Sesetengah daripada kami tidur tidak lebih enam jam dalam tempoh 70 jam yang lalu."
Beberapa sukarelawan enggan berehat kerana mahu menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh.
"Kami berhadapan situasi sukar kerana sebahagian besar daripada kami mencari saudara dan ahli keluarga kami sendiri," katanya.
Kawasan di barat laut Syria yang merupakan kubu terakhir pemberontak Syria dilanda gempa bumi susulan gempa yang berpusat di negara jiran Turkiye.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain peralatan berat, kawasan itu dilanda masalah kekurangan tempat tinggal, selimut, makanan, air, ubat-ubatan, minyak dan kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#pasukan penyelamat
#Syria
#White Helmets
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan