awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
ICRC hantar barangan bantuan pertama ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye dan Syria: Lebih 8,000 terkorban, angka kematian terus meningkat

Bernama
Bernama
08/02/2023
05:09 MYT
Gempa bumi Turkiye dan Syria: Lebih 8,000 terkorban, angka kematian terus meningkat
Keadaan di sebuah lokasi susulan gempa bumi besar yang menyaksikan bangunan musnah dan operasi menyelamat dijalankan di Aleppo, Syria, 7 Feb 2023. REUTERS
HATAY (Turkiye): Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Turkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.
Bercakap pada sidang akhbar, Oktay berkata jumlah yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu seramai 34,810.
"Kehilangan setiap seorang rakyat amat menyedihkan kami," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Oktay.
Beliau berkata pihak berkuasa masih meneruskan misi mencari dan menyelamat.
Sebanyak 5,775 bangunan runtuh dan lebih 8,000 orang diselamatkan.
Pada awal pagi Isnin, gempa bumi bemagnitud 7.7 menggegarkan Kahramanmaras, diikuti gegaran berkekuatan 7.6 pada skala Richter kira-kira sembilan jam kemudian yang menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Gempa bumi turut memusnahkan negara jiran Syria.
Menurut dpa, 2,270 orang terbunuh berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan dan organisasi penyelamat White Helmets.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#bangunan runtuh
#Syria
#Gempa Bumi Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan