awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata mampu redakan konflik di Gaza

Bernama
Bernama
22/11/2012
07:26 MYT
Gencatan senjata mampu redakan konflik di Gaza
Malaysia percaya gencatan senjata Israel dan Palestin yang berjaya dicapai mampu meredakan ketegangan dan konflik di Wilayah Gaza, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay.
"Apa yang paling penting adalah mencari penyelesaian jangka panjang dan bukan untuk jangka pendek sahaja," katanya.
Beliau mengulas mengenai gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula pada 3 pagi tadi waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi.
Dilaporkan Mesir, Turki dan Iran antara tiga negara yang berjaya menekan Israel supaya berhenti membedil Gaza dan mengadakan gencatan senjata ini.
Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain.
Kohilan berkata selain gencatan senjata, Malaysia juga percaya pertelingkahan dalaman perlu diselesaikan lebih awal di dalam Palestin dan dengan sokongan negara luar, kedamaian sejagat dapat diperoleh untuk selama-lamanya.
"Negara jiran dan negara Islam pastinya akan menyokong kepada pelan damai menghentikan pertelingkahan dalaman itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Kementerian Luar
#Kohilan
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan