awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik

Agensi
Agensi
29/01/2025
11:44 MYT
Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah. - Gambar hiasan/Freepik
BANGKOK: Wakil pelbagai gerakan belia di Thailand menyerahkan surat kepada Menteri Pendidikan, Permpoon Chidchob, memohon untuk menguatkuasakan dasar toleransi sifar terhadap rokok elektronik di semua sekolah seluruh negara.
Rangkaian belia tersebut, termasuk Gerakan Promosi Kesihatan Belia, Rangkaian Pengurangan Risiko Belia dan Yayasan Pembangunan Belia dan Keluarga, menyerahkan surat kepada Pridee Phusinam selaku ketua pengarah di Kementerian Pendidikan.
Penyelaras Gerakan Promosi Kesihatan Belia di Selatan, Abdulfatah Yusof berkata, pihaknya konsisten berkempen untuk melindungi kanak-kanak dan belia daripada bahaya rokok elektronik.
"Pihak saya bertemu pemimpin belia dari rangkaian lain pada tahun lalu dan mendapati kanak-kanak seawal usia sembilan tahun menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah walaupun terdapat hukuman undang-undang yang ketat," katanya.
Tambahnya, ini kerana ramai belia kekurangan maklumat mengenai bahaya rokok elektronik dan mempercayai bahawa ia kurang berbahaya, tidak menimbulkan risiko kepada orang lain atau dianggap trend.
Sementara itu, tinjauan kerajaan Thailand mendapati penggunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 15 tahun meningkat 5.3 kali ganda, daripada 3.3% pada 2015, kepada 17.6% pada 2022.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Belia
#dasar toleransi sifar
#rokok elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan