awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google disaman 5 bilion pound di UK atas dakwaan persaingan tidak adil dalam iklan carian

Bernama
Bernama
16/04/2025
22:00 MYT
Google disaman 5 bilion pound di UK atas dakwaan persaingan tidak adil dalam iklan carian
Google disaman sebanyak GBP5 bilion (US$6.6 bilion) di United Kingdom (UK) atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran enjin carian. - Gambar fail Reuters
MOSCOW: Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Google, disaman sebanyak GBP5 bilion (US$6.6 bilion) di United Kingdom (UK) atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran enjin carian, lapor beberapa media pada Rabu menurut Sputnik/RIA Novosti.
Dalam saman yang difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan UK itu mendakwa, Google menyekat persaingan secara tidak adil untuk meningkatkan pendapatan daripada iklan carian dalam talian, dengan menggunakan "penguasaan hampir sepenuhnya" dalam pasaran, menurut laporan CNBC.
Tuntutan berkenaan difailkan oleh ratusan ribu syarikat yang berpangkalan di UK dan telah menggunakan perkhidmatan iklan carian Google sejak 2011, kata laporan itu.
Plaintif mendakwa, syarikat teknologi AS itu menyalahgunakan kedudukannya dengan menyekat operasi enjin carian pesaing, sekali gus menjadikan platform miliknya satu-satunya tempat bagi tujuan pengiklanan.
Google turut didakwa membuat perjanjian dengan pengeluar telefon pintar untuk memasang awal enjin carian Google dan pelayar Chrome dalam peranti Android, serta membayar berbilion dolar kepada Apple bagi menjadikan Google sebagai enjin carian yang ditetapkan dalam pelayar Safari.
Pada 23 Januari lepas, Kerajaan UK menerbitkan kenyataan daripada Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) yang memaklumkan, pihaknya akan melancarkan siasatan terhadap Google dan Apple bagi menilai kesan penguasaan pasaran mereka terhadap persaingan.
CMA menyatakan, semua peranti mudah alih yang dijual di UK didatangkan dengan sistem iOS atau Android, menjadikan stor aplikasi dan pelayar kedua-dua syarikat itu berada pada kedudukan eksklusif atau dominan, berbanding produk alternatif lain, sekali gus mempengaruhi sebahagian besar kandungan, perkhidmatan dan aplikasi yang dimuat turun oleh pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Google disaman
#persaingan tidak adil
#iklan carian
#Tribunal Rayuan Persaingan UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan