awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2019
23:43 MYT
Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan
Pemilik restoran ditahan selepas mengaku menggunakan serbuk kas kas dalam mi beras siput babi di restorannya. -Gambar hiasan
SEORANG pemilik restoran menjual mi di Guangxi, China ditahan setelah didakwa menggunakan serbuk kas kas di dalam masakannya.
Menurut polis, tindakan itu dilakukan tertuduh agar perniagaannya laris apabila pelanggan ketagihan dan sering mengunjungi restorannya.
'Resipi rahsia' ini terbongkar apabila seorang lelaki dikesan positif morfin -- komponen aktif dalam candu -- ketika menjalani ujian pengesanan dadah oleh polis.
Portal SETN melaporkan lelaki itu terkejut dengan keputusan ujian berkenaan dan bertegas yang dia tidak pernah mengambil dadah.
Apabila didesak, lelaki itu mengaku dia cuma makan semangkuk mi beras siput babi di restoran berkenaan beberapa hari lalu.
Polis mengambil keputusan melakukan pemeriksaan di restoran itu di mana mereka menjumpai sebungkus serbuk kas kas seberat 76 gram.
BACA: 6 fakta anda perlu tahu tentang kas kas
Pemilik restoran yang dikenali sebagai Yang ketika disoal siasat mengaku menambah serbuk kas kas itu pada sajian mi di restorannya bagi meningkat jualan.
Yang, dalam pengakuannya di mahkamah pada 17 Disember lalu, berkata dia memproses sendiri serbuk kas kas itu daripada selaput biji popi yang ditanam di kediamannya empat tahun lalu.
Perbicaraan kes masih berjalan.
Topic Berkaitan
#Guangxi
#ketagihan
#mi beras
#mi gian
#morfin
#pelanggan
#serbuk kas kas
#siput babi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan