awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Min Aung Hlaing angkat sumpah sebagai presiden baharu Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Berapi Taal: Filipina tingkatkan amaran bahaya, penduduk diarah berpindah

Agensi
Agensi
01/07/2021
10:19 MYT
Gunung Berapi Taal: Filipina tingkatkan amaran bahaya, penduduk diarah berpindah
Penduduk sekitar Gunung Berapi Taal pernah dikejutkan dengan satu episod letusan pada Januari lalu. - AP
MANILA: Pakar volkanologi Filipina pada Khamis meningkatkan status amaran gunung berapi berdekatan ibu negara itu, selepas Gunung Berapi Taal menunjukkan aktiviti aktif.
Reuters melaporkan, gunung berapi itu telah menghamburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan setinggi 1 kilometer ke udara.
Status amaran gunung Taal, yang terletak kira-kira 70 kilometer di selatan Manila, telah dinaikkan dari Tahap 3 ke Tahap 2.
Itu bermakna, bakal berlaku aktiviti luapan magma di kawah utama hingga menyebabkan letusan, kata agensi seismologi dan volkanologi negara berkenaan.
Takungan air di kawah gunung Taal dilaporkan mendidih sebelum dan selepas satu episod letusan, berdasarkan satu video yang dimuat naik ke laman Facebook agensi itu.
Pihak berkuasa telah mengarahkan proses pemindahan penduduk di bandar-bandar menghadap tasik di Agoncillo dan Laurel di daerah Batanga. Ia dilakukan atas sebab kemungkinan terjadi ancaman letusan dan tsunami.
Taal merupakan salah sebuah gunung berapi kecil yang aktif di dunia. Dengan hanya setinggi 311 meter, sebuah letupan pada tahun 1911 telah mengorbankan nyawa lebih 1,300 orang.
Pada Januari tahun lalu, gunung itu memuntahkan debu panas, hingga memaksa pemindahan lebih daripada 100,000 orang.
Sebelum ini, penduduk berdekatan Gunung Berapi Taal pernah dilarang untuk kembali ke kawasan sekitar Taal, yang lokasinya di tengah-tengah tasik.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Taal
#status amaran
#bencana alam
#Penduduk
#evakuasi
#Manila
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan