awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haiwan vertebrat terkecil dunia kini ialah kodok kutu Brazil

Amanz
Amanz
18/02/2024
04:57 MYT
Haiwan vertebrat terkecil dunia kini ialah kodok kutu Brazil
Kodok dengan nama saintifik Brachycephalus pulex ini mempunyai panjang purata 7mm sahaja. - Foto Amanz
HAIWAN vertebrat terkecil dunia telah disahkan adalah kodok kutu (flea toad) yang hanya boleh dijumpai di Brazil. Kodok dengan nama saintifik Brachycephalus pulex ini mempunyai panjang purata 7mm sahaja.
Ia memintas pemegang rekod sebelum ini iaitu katak Paedophryne amauensis dari Papua New Guinea yang mempunyai panjang purata 7.7mm.
Kewujudan kodok kutu ini telah diketahui sejak spesimen pertama ditemukan pada 2011 tetapi pada waktu tersebut saintis tidak mengetahui sama ia adalah kodok dewasa. Selepas 46 spesimen dikaji dan disahkan adalah kodok jantan dewasa, Brachycephalus pulex kini disahkan sebagai haiwan vertebrat terkecil di dunia. Paling menarik ialah spesimen paling kecil kodok ini hanya sepanjang 6.45mm.
Kodok kutu hanya hidup di dua habitat di kawasan bukit bukau di Bahia, yang terletak di Timur Brazil. Walaupun ia kini memegang status haiwan vertebrat paling kecil di dunia, saintis percaya terdapat kemungkinan spesis lebih kecil wujud. Kertas kajian penemuan Brachycephalus pulex telah diterbitkan dalam jurnal Zoologica Scripta. - Amanz
Topic Berkaitan
#haiwan terkecil dunia
#Haiwan vertebrat
#kodok kutu Brazil
#flea toad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan