awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halimah Yacob sah bertanding pilihan raya Presiden Singapura

Bernama
Bernama
06/08/2017
14:53 MYT
Halimah Yacob sah bertanding pilihan raya Presiden Singapura
Halimah, 62, juga berkata beliau akan meletakan jawatan sebagai Speaker Parlimen dan anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee pada Isnin. - Foto www.juronggrc.sg
Speaker Parlimen Singapura Halimah Yacob hari ini mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, yang dikhaskan untuk calon Melayu, Channel NewsAsia melaporkan.
"Saya sedar bahawa kedudukan presiden yang dipilih mempunyai kapasiti besar untuk berbuat baik untuk semua rakyat Singapura dan Singapura," beliau dilaporkan berkata pada majlis makan malam Hari Kebangsaan yang diadakan di Marsiling Mega Sports Park di sini.
"Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya akan bertanding dalam pilihan raya Presiden," kata Anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu.
Halimah, 62, juga berkata beliau akan meletakan jawatan sebagai Speaker Parlimen dan anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee pada Isnin.
Pilihan Raya Presiden Singapura akan diadakan pada September.
Setakat ini, terdapat dua calon lain yang tampil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, danpengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.
Permohonan bagi sijil Pilihan Raya Presiden 2017 dibuka pada 1 Jun dan ditutup lima hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan bulan ini.
Penyandang Presiden akan melengkapkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#Halimah Yacob
#Melayu
#Parlimen
#pilihan raya
#presiden
#rakyat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan