awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu

Bernama
Bernama
01/02/2025
04:45 MYT
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Di bawah fasa pertama perjanjian selama 42 hari itu, seramai 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi kira-kira 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin.- Gambar fail/Reuters
ANKARA: Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam kenyataan, Pejabat Maklumat Tahanan yang dikendalikan Hamas menyatakan bahawa mereka yang akan dibebaskan termasuk 18 individu yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 54 menjalani hukuman jangka panjang, serta 111 warga Palestin dari Gaza yang ditahan selepas 7 Okt 2023.
Menurut kenyataan itu, daripada jumlah yang akan dibebaskan pada Sabtu, 54 merupakan anggota Fatah, lapan anggota Hamas, enam anggota Jihad Islam, dua anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) dan dua lagi anggota Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP).
Ia turut menyatakan bahawa tujuh daripada tahanan itu akan diusir selepas dibebaskan dari penjara Israel.
Terdahulu pada Jumaat, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan nama tiga tahanan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
"Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan Banjir Al-Aqsa, Briged Al-Qassam telah memutuskan untuk membebaskan tiga tahanan Israel pada Sabtu, 2 Feb 2025: Ofer Calderon, Keith Samuel Siegel dan Yarden Bibas," kata jurucakap Abu Ubeida.
Di bawah fasa pertama perjanjian selama 42 hari itu, seramai 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi kira-kira 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin.
Hamas sebelum ini membebaskan tiga tahanan Israel dan lima warga Thailand di Gaza pada Khamis, manakala Israel membebaskan 110 tahanan Palestin. Ia merupakan pertukaran ketiga sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 19 Jan.
Serangan Israel telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak 7 Okt 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#tebusan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan