awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut

Agensi
Agensi
03/01/2024
23:15 MYT
Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut
Sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh, manakala 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berkembar berhampiran kubur komander tentera yang dibunuh, Qasem Soleimanidi bandar Kerman, Iran pada Rabu. - Gambar REUTERS
PASUKAN pejuang Hamas mengutuk "serangan jenayah terbaharu" di bandar Kerman, Iran, pada Rabu sehingga menyebabkan lebih 100 orang maut.
Insiden yang berlaku berhampiran kubur komander Iran, Qasem Soleimani semalam disiaftkan pegawai kerajaan Iran sebagai serangan pengganas.
Menerusi mesej yang dikirim melalui aplikasi Telegram, Hamas dengan tegas berkata, pasukan pejuang itu secara mutlak menolak "semua tindakan pengganas yang mensasarkan orang awam dan berusaha untuk menjejaskan kestabilan dan keselamatan di Republik Islam."
Kumpulan itu juga mengaitkan tindakan ini sebagai "agenda entiti Zionis dan rancangan jahatnya yang menyasarkan keselamatan dan kepentingan rakyat di rantau ini."
Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.
Hamas turut memanjangkan ucapan takziah dan simpati kepada Republik Islam Iran dan keluarga mangsa selain mendoakan mangsa yang cedera segera sembuh.
Awal Rabu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matt Miller berkata, AS tidak terlibat dalam letupan di Iran dan negara itu juga "tiada sebab untuk mempercayai bahawa Israel juga terlibat."
Minggu lalu, Iran dan beberapa proksi bersenjatanya menuduh Israel membunuh seorang komander kanan Iran di Syria dan berikrar untuk membalas.
Sementara Israel tidak pula memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu. - CNN
Topic Berkaitan
#100 maut
#letupan berkembar
#kubur komander tentera
#Qasem Soleimani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan