awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas sedia bebaskan semua tebusan Israel jika perang di Gaza ditamatkan

Agensi
Agensi
17/04/2025
23:20 MYT
Hamas sedia bebaskan semua tebusan Israel jika perang di Gaza ditamatkan
Gambar fail menunjukkan orang ramai berdiri di depan skrin yang memaparkan imej Khalil al-Hayya yang sedang berucap semasa perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada Hezbollah di Lubnan dan rakyat Palestin pada 18 Oktober 2024. - Gambar Reuters
KAHERAH: Ketua Hamas di Gaza menyatakan kesediaan kumpulan itu untuk segera merundingkan perjanjian pembebasan semua tebusan Israel yang masih ditahan, sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin di penjara Israel, dalam kerangka perjanjian lebih menyeluruh bagi menamatkan perang di wilayah tersebut.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Khalil Al-Hayya yang mengetuai pasukan rundingan Hamas dalam rundingan tidak langsung dengan Israel turut menegaskan, kumpulan pejuang Palestin itu menolak sebarang perjanjian gencatan senjata sementara.
“(Benjamin) Netanyahu dan kerajaannya menggunakan perjanjian separa sebagai helah bagi meneruskan agenda politik mereka, yang berasaskan kepada perang pemusnahan dan kebuluran - walaupun perlu mengorbankan semua tebusan mereka.
“Kami tidak akan menjadi alat untuk melaksanakan dasar ini,” kata Hayya, merujuk kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Ketika ini, Mesir sedang berusaha untuk menghidupkan semula perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada Januari lalu, namun, ia runtuh bulan lepas tanpa sebarang kemajuan.
Kedua-dua Israel dan Hamas saling menuding jari atas kegagalan mencapai persetujuan baharu.
Pusingan rundingan terbaharu yang berlangsung Isnin lalu di Kaherah juga berakhir tanpa sebarang penemuan baharu, menurut sumber Palestin dan Mesir.
Hayya berkata, Hamas telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh pihak perantara - Qatar dan Mesir - untuk membebaskan sebahagian tebusan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin serta memulakan fasa kedua perjanjian gencatan senjata yang merangkumi penamatan perang dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, Israel membalas dengan cadangan balas yang mengandungi “syarat-syarat mustahil” untuk dipenuhi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perang Hamas-Israel
#Hamas
#gencatan senjata
#tebusan Israel
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan