awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 1.5 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2023
00:00 MYT
Hampir 1.5 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
Masjidil Haram di Mekah semakin padat menerima kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia. - Foto AP
RIYADH: Hampir 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia telah berada di Arab Saudi sejak permulaan musim haji, lapor portal-portal berita negara itu.
Daripada 1,499,472 jemaah itu, seramai 1,435,014 jemaah tiba melalui udara sementara 59,744 jemaah melalui darat dan 4,714 orang melalui laut.
Arab Saudi turut memaklumkan, 230,170 jemaah daripada jumlah keseluruhan itu pula mendapat manfaat daripada inisiatif Mekah Route.
Kos mengerjakan Rukun Islam kelima bagi jemaah haji dari luar negara telah berkurang sebanyak 39 peratus, kata Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah.
Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah jemaah yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
Menurut Tawfiq, kira-kira 2.6 juta umat Islam mengerjakan haji di Mekah setiap tahun.
Bagaimanapun, angka itu berubah apabila wabak COVID-19 melanda dunia sekali gus memaksa kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan kemasukan jemaah.
Haji yang merupakan ibadah tahunan umat Islam akan bermula pada 26 Jun ini.
Topic Berkaitan
#musim haji 1444H
#jemaah haji tiba di Arab Saudi
#Tawfiq Al-Rabiah
#Mekah Route
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan