awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh orang dewasa AS sokong haramkan TikTok - Tinjauan

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2023
00:45 MYT
Hampir separuh orang dewasa AS sokong haramkan TikTok - Tinjauan
Aplikasi itu telah menghadapi gesaan daripada penggubal undang-undang AS untuk larangan di seluruh negara atas kebimbangan mengenai kemungkinan pengaruh kerajaan China. - Gambar hiasan/REUTERS
WASHINGTON: Hampir separuh daripada orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) menyokong pengharaman aplikasi media sosial TikTok.
Ia berdasarkan tinjauan dilakukan Reuters-Ipsos yang mengajukan soalan berkait kebimbangan keselamatan negara dan China.
TikTok, yang dimiliki oleh gergasi teknologi China Byte-Dance digunakan oleh berpuluh juta rakyat AS.
Aplikasi itu telah menghadapi gesaan daripada penggubal undang-undang AS untuk larangan di seluruh negara atas kebimbangan mengenai kemungkinan pengaruh kerajaan China.
Tinjauan pendapat selama dua hari itu menunjukkan 47 peratus berkata mereka menyokong larangan aplikasi media sosial TikTok daripada digunakan di AS.
Manakala 36 peratus menentang larangan dan 17 peratus berkata mereka tidak tahu.
Selain itu, 58 peratus daripada Republikan menyokong larangan berbandingan 47 peratus daripada Demokrat.
Tinjauan itu juga mendedahkan kebimbangan mendalam dalam kalangan rakyat AS mengenai pengaruh global China tatkala hubungan dua negara itu berada di tahap terendah dalam beberapa dekad.
Tinjauan dalam talian Reuters-Ipsos itu dijalankan di seluruh negara, mengumpul maklum balas daripada 1,005 orang dewasa, termasuk 443 Demokrat dan 346 Republikan. - Agensi
Topic Berkaitan
#TikTok
#tinjauan
#haramkan
#Reuters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan