awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kerana tak sahut teguran senior di 'Live Instagram', kadet polis teruk dibelasah

Agensi
Agensi
29/03/2018
03:37 MYT
Hanya kerana tak sahut teguran senior di 'Live Instagram', kadet polis teruk dibelasah
Kejadian kejam yang berlaku di Gorontalo, Indonesia telah menarik perhatian netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Foto: Kompas.com
Gara-gara tidak menyahut teguran seorang polis senior di sesi ‘live’ Instagram, empat kadet polis dibelasah sebagai balasan.
Kejadian kejam yang berlaku di Gorontalo, Indonesia telah menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan menampar dan menerarajang berkali-kali sehingga ada yang termuntah.
Menurut Ketua Polis Biro Penerangan Masyarakat, Mohammad Iqbal, peristiwa itu bermula apabila salah seorang mangsa sedang mengadakan sesi ‘live’ menerusi akaun Instagram miliknya pada 28 Februari lepas.
“Pada waktu itu, mangsa masih berstatus pelajar di Sekolah Polis Negara (SPN). Suspek yang menegur di ruangan komen pada waktu itu tidak disambut dan itu menimbulkan dendam terhadap suspek.
“Pada malam 10 Mac, suspek meminta mangsa untuk datang ke rumahnya bersama tiga rakan lain. Saat mereka tiba di rumah suspek, merek dipukul dengan kejam,” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan, Kompas.com.
Tambah Iqbal, laporan kes ini masih dalam siasatan pihak polis.
Terdahulu, video yang dirakam jelas menunjukkan empat polis junior ini dipukul di bahagian badan mereka viral di media sosial.
Salah seorang mangsa yang tidak dapat menerima kenyataan, membuat laporan kepada pihak atasan.
Topic Berkaitan
#buli
#Gorontalo
#Indonesia
#junior
#kadet polis
#polis
#pukul
#senior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan