awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hapus sekatan jika mahu Iran patuh Perjanjian Nuklear - Ayatollah Ali Khamenei

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2021
21:55 MYT
Hapus sekatan jika mahu Iran patuh Perjanjian Nuklear - Ayatollah Ali Khamenei
Tegas Khamenei, Amerika Syarikat dan Eropah tidak menetapkan prasyarat untuk JCPOA kerana mereka tidak melaksanakan komitmen mereka. - REUTERS/Morteza Nikoubazl
TEHRAN:Pemimpin tertinggi Iran mendesak Amerika Syarikat menghapuskan semua sekatan jika mahu negara itu mematuhi komitmen di bawah perjanjian nuklearnya dengan kuasa dunia.
Ini adalah kenyataan pertama Ayatollah Ali Khamenei sejak Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memegang jawatan.
"Sekiranya mereka mahu Iran kembali ke komitmen Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), Amerika Syarikat mesti menghapuskan sekatan sepenuhnya.
“Bukan hanya dengan kata-kata atau di atas kertas, mereka tidak boleh mengatakan kami telah menghapuskan sekatan itu, tidak. Mereka harus benar-benar menghapuskan sekatan itu dan kemudian kita harus mengesahkannya.
“Sekiranya kita merasakan sekatan tersebut telah dihapuskan dengan betul, maka kita akan kembali kepada komitmen kita di bawah JCPOA. Ini adalah dasar pasti republik Islam,” tegasnya.
Tambah Khamenei, Amerika Syarikat dan Eropah tidak menetapkan prasyarat untuk JCPOA kerana mereka tidak melaksanakan komitmen mereka.
Beliau turut mengulangi kenyataan pemimpin Iran sebelumnya bahawa sekatan mesti ditarik balik sebelum Iran kembali patuh kepadanya.
Bekas Presiden AS, Donald Trump secara unilateral mengumumkan penarikan diri daripada Perjanjian Nuklear 2018.
Komitmen Iran sebelum ini adalah untuk mengehadkan pengayaan uraniumnya sebagai pertukaran penghapusan sekatan ekonomi.
Biden sebelum ini memberi kata dua kepada Iran untuk menghentikan semua aktiviti nuklear jika mahu Amerika Syarikat kembali menyertai perjanjian itu.
Tehran mendakwa program nuklearnya hanya untuk tujuan damai.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#AS
#Iran
#presiden
#Joe Biden
#JCPOA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan