awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau betina kaki tiga diburu di Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2022
04:04 MYT
Harimau betina kaki tiga diburu di Thailand
Satu rakaman video menunjukkan seekor harimau berkaki tiga berjalan melalui hutan di Taman Negara Khao Laem di Kanchanaburi, barat Thailand pada 6 Februari lalu. -Foto Freeland/IUCN/AP
BANGKOK: Seekor harimau berkaki tiga kini sedang dicari oleh pasukan renjer Thailand di hutan terpencil di sempadan Myanmar.
Pada awal minggu ini, kakitangan-kakitangan dari sebuah organisasi perlindungan hidupan liar, Freeland telah melihat haiwan itu menerusi video yang dirakamkan oleh kamera yang dikendalikan dari jarak jauh di Taman Negara Khao Laem, wilayah Kanchanaburi ketika ia mendekati bangkai seekor kerbau.
Kaki kanan belakangnya kelihatan telah hilang dalam rakaman video tersebut.
Kamera itu merakamkan haiwan berkenaan berjalan mundar-mandir di sekeliling bangkai haiwan tersebut pada malam Ahad lalu di dalam hutan tebal.
Justeru, pakar Freeland berasa takut harimau betina yang bergerak perlahan itu dan digelar sebagai 'I-Douan' bermaksud 'yang dipotong' akan menjadi sasaran pemburu haram atau menjadi mangsa kelaparan.
Organisasi Freeland yang bekerjasama dengan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand berharap dapat memindahkan harimau tersebut ke kemudahan kerajaan yang mana ia boleh mendapat makanan dan keselamatan binatang itu yang terjamin.
Ia juga berharap ubat penenang dapat ditembak ke atas haiwan itu sebelum ia terlibat dengan proses pemindahan. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau berkaki tiga
#pasukan renjer Thailand
#Freeland
#harimau betina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan