awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin sahkan trilateral mengenai Laut Sulu di Manila bulan depan

Bernama
Bernama
03/06/2016
13:11 MYT
Hishammuddin sahkan trilateral mengenai Laut Sulu di Manila bulan depan
HISHAMMUDDIN: Sah trilateral dengan Filipina mengenai Laut Sulu bulan depan di Manila.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari mengesahkan trilateral mengenai Laut Sulu akan diadakan bulan depan di Manila.
"Sah trilateral dengan Filipina mengenai Laut Sulu bulan depan di Manila," katanya dalam akaun Twitter hari ini.
Tweet tersebut disertakan dengan foto beliau bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Jeneral Ryamizard Ryacudu yang beliau temui di luar forum keselamatan selama tiga hari iaitu Dialog Shangri-La ke-15 yang dirasmikan di sini pada Jumaat.
Pada Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN di Laos baru-baru ini, Indonesia, Malaysia dan Filipina bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di Laut Sulu bagi menghentikan aktiviti penculikan dan jenayah.
Ia termasuk berkongsi maklumat untuk menangani peningkatan jenayah, pelanunan, penculikan dan penyeludupan di kawasan Laut Sulu, kawasan sempadan bersama bagi tiga negara berkenaan. Mereka juga mahukan pemantauan laut secara bersama.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Laut Sulu
#Manila
#perbincangan trilateral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan