awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2022
03:10 MYT
Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia
Serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak di Mariupol pada Rabu. -Foto EyePress News
MARIUPOL: Satu serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kakitangan pusat perubatan itu cedera pada Rabu.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut menyiarkan rakaman video di Twitter yang menunjukkan kemusnahan besar-besaran di hospital itu termasuk tingkap pecah dan dinding dalaman tercabut yang menurutnya disebabkan oleh serangan langsung tentera Rusia.
Beliau berkata, ekoran serangan itu, terdapat orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap di bawah serpihan bangunan.
"Setakat ini terdapat 17 kakitangan hospital yang cedera," kata Ketua Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko dalam video yang disiarkan di Facebook.
"Setakat ini tiada kanak-kanak cedera dan tiada kematian," tambahnya.
Serangan itu berlaku ketika terdapat wanita yang sedang bersalin di hospital yang baharu diubah suai, kata pihak pentadbiran tentera wilayah Donetsk.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#hospital kanak-kanak dan bersalin
#serangan tentera
#Mariupol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan