awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza

Bernama
Bernama
26/02/2024
05:10 MYT
Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. -Gambar fail/Sinar Harian
ABU DHABI: Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.
Hospital dengan kapasiti 100 katil itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan yang lengkap, termasuk bilik pembedahan dan rawatan rapi, unit radiologi, makmal dan farmasi.
Ia dikendalikan oleh sepasukan 100 kakitangan perubatan dan pentadbiran yang merangkumi pelbagai kepakaran termasuk anestesia, pembedahan am, ortopedik dan perubatan kecemasan.
Hospital terapung itu sebagai tambahan kepada Hospital Sahara yang dibuka di Gaza pada 3 Dis lepas mempunyai kemudahan untuk rawatan perubatan kecemasan dan kes-kes kritikal, seperti pelantar pendaratan helikopter dan bot.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital terapung
#UAE
#Pelabuhan Al-Arish
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan