awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat 2 jam di Jeddah, 10,900 panggilan kecemasan

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2017
23:42 MYT
Hujan lebat 2 jam di Jeddah, 10,900 panggilan kecemasan
Banjir kilat melumpuhkan bandar kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah sehingga memaksa banyak sekolah dan universiti ditutup dan hujan diramal berterusan pada Rabu. - REUTERS
Hujan lebat selama dua jam yang melanda Jeddah pada Selasa nyata berbeza daripada apa yang diramal oleh pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi.
Rekod oleh pusat kaji cuaca di Universiti King Abdulaziz menunjukkan 56.9 milimeter hujan dicatatkan sepanjang dua jam tersebut, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding ramalan agensi kaji cuaca.
Banjir kilat melumpuhkan bandar kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah, sehingga memaksa banyak sekolah dan universiti ditutup dan hujan diramal berterusan pada Rabu.
Pihak berkuasa terpaksa bergelut dengan pelbagai kes kecemasan melibatkan litar pintas dan kecederaan akibat kejutan elektrik.
Menurut laporan Saudi Gazette, di Mekah sahaja menyaksikan lebih 11,000 panggilan diterima melalui talian kecemasan 911 oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
More rainfall expected in #Jeddah, #Makkah and #Taif https://t.co/shmwe2ct4y #JeddahRain @PmeMediacen #rain
— Saudi Gazette (@Saudi_Gazette) November 21, 2017
Pada November 2011, Jeddah dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.
Dua tahun selepas itu, bencana sama mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa melayang.
Pada April, dan diikuti November tahun lepas, hujan lebat melanda Arab Saudi termasuk di ibu negara di kawasan padang pasir, Riyadh, mengakibatkan banjir dan ribut teruk.
Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan terkorban.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir Arab Saudi
#bencana
#bencana Arab Saudi
#cuaca Jeddah
#hujan lebat
#Jeddah
#Jeddah banjir
#Jeddah lumpuh
#Mekah
#Mekah banjir
#Ramalan Cuaca Mekah
#Terkini Arab Saudi
#Universiti King Abdulaziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan