awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat di Yaman rosakkan kem perlindungan pelarian

Bernama
Bernama
19/09/2023
03:30 MYT
Hujan lebat di Yaman rosakkan kem perlindungan pelarian
Cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk. - Foto Twitter/UNHCR Yemen
SANAA: Hujan lebat yang melanda Hodeidah di wilayah barat Yaman pada minggu lepas menyebabkan kem perlindungan yang menempatkan lebih 900 pelarian mengalami kerosakan, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) pada Isnin.
Dalam catatan di platform media sosial X, IOM berkata pertubuhan itu telah memberi bantuan kecemasan kepada lebih 135 keluarga dan sedang membantu 125 keluarga lagi untuk membaiki rumah mereka yang rosak.
Menurut angka IOM, sejumlah 4,311 keluarga atau 25,866 individu telah dipindahkan dari 1 Januari hingga 16 Sept tahun ini ke pelbagai kem penempatan.
Dalam laporan baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahaya bencana alam semula jadi yang berkaitan perubahan iklim telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.
PBB berkata cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk, lapor Xinhua.
Yaman dibelenggu perang saudara sejak akhir 2014 apabila puak Houthi yang disokong Iran, menguasai beberapa wilayah utara.
Peperangan yang berterusan telah menyebabkan kematian berpuluh ribu orang, manakala empat juta rakyat hilang tempat tinggal.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#kem pelarian
#cuaca ekstrem
#ketakjaminan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan