awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hunter Biden mungkin mengaku salah atas pertuduhan senjata api, percukaian

Bernama
Bernama
26/07/2023
14:02 MYT
Hunter Biden mungkin mengaku salah atas pertuduhan senjata api, percukaian
Berdasarkan perjanjian itu, Hunter Biden dijangka tidak perlu menjalani hukuman penjara walaupun keputusan muktamad adalah di tangan hakim. - Gambar AP Photo/Patrick Semansky
WASHINGTON: Hunter Biden, anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, mungkin mengaku bersalah di mahkamah di AS pada Rabu atas dua kesalahan salah laku jenayah percukaian dan menandatangani perjanjian pengalihan praperbicaraan untuk kesalahan senjata api, lapor Sputnik.
Bulan lepas, Peguam Daerah Delaware AS David Weiss, mengumumkan Hunter Biden bersetuju untuk mengaku bersalah atas dua kesalahan jenayah cukai itu sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menyelesaikan ketiga-tiga pertuduhan.
Pertuduhan cukai itu membawa hukuman penjara maksimum setahun bagi setiap kesalahan manakala pertuduhan senjata api membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Berdasarkan perjanjian itu, Hunter Biden dijangka tidak perlu menjalani hukuman penjara walaupun keputusan muktamad adalah di tangan hakim.
Hunter Biden akan hadir di Mahkamah Delaware pada 10.00 pagi (1400 GMT) Rabu, berdasarkan jadual mahkamah untuk pendengaran rayuan.
Perjanjian itu akan menyelesaikan siasatan lima tahun Jabatan Kehakiman ke atasnya, menurut peguamnya.
Bagaimanapun, jabatan itu berkata siasatan terhadapnya masih diteruskan berikutan pengumuman perjanjian pengakuan tentatif.
Hunter dan Joe Biden juga menjadi subjek penyiasatan Dewan AS terhadap dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarga presiden, termasuk skim rasuah asing yang melibatkan syarikat tenaga Ukraine, Burisma.
Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS tetap meneruskan siasatannya walaupun terdapat perjanjian rayuan tentatif dengan Jabatan Kehakiman, kata pengerusi panel James Comer.
Awal bulan ini, Pengarah FBI Christopher Wray memberitahu Ahli Parlimen bahawa agensi itu tidak melindungi keluarga Biden.
Bagaimanapun, pemberi maklumat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS memberitahu Ahli Parlimen bahawa Jabatan Kehakiman menghalang mereka menyiasat mengenai dakwaan Hunter Biden memperoleh dana asing.
Pemberi maklumat IRS mendakwa mereka memperoleh bukti yang menyokong tuduhan pengelakan cukai jenayah, walaupun dia akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak Joe Biden
#Hunter Biden
#kes mahkamah
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan