awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang negara Amerika Syarikat buat kali pertama melepasi AS$31 trilion

Bernama
Bernama
05/10/2022
10:20 MYT
Hutang negara Amerika Syarikat buat kali pertama melepasi AS$31 trilion
Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion. - Gambar hiasan/REUTERS
ANKARA: Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion, di tengah-tengah peningkatan kadar faedah yang diperkenal bagi membendung inflasi yang merekodkan paras tertinggi serta ketidaktentuan yang semakin tinggi, menurut data Jabatan Perbendaharaan.
Jumlah baki hutang awam lebih $31.1 trilion, lapor Agensi Anadolu memetik data pada Selasa.
Pada Julai, Pejabat Belanjawan Kongres (CB) mengunjurkan hutang persekutuan pegangan awam AS bersamaan 98 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun.
Hutang tinggi dan semakin meningkat kepada peratusan KDNK, mungkin memperlahan pertumbuhan ekonomi, menaikkan pembayaran faedah kepada pemegang asing hutang AS dan meningkatkan risiko krisis fiskal, menurut CBO dalam laporan Unjuran Belanjawan Jangka Panjang 2022.
Keadaan ini mungkin menjadikan kedudukan fiskal AS lebih terdedah kepada peningkatan kadar faedah selain mengekang pengubal undang-undang dalam memilih dasar yang perlu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hutang negara
#Amerika Syarikat
#AS
#trilion
#Inflasi
#Jabatan Perbendaharaan
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan