awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun

Agensi
Agensi
23/01/2021
13:23 MYT
Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun
Pengacara program bual bicara veteran Amerika Syarikat, Larry King disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun. - Twitter/@kingsthings
LOS ANGELES:Pengacara program bual bicara veteran Amerika Syarikat, Larry King disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri (@kingsthings) pada Sabtu.
“Dengan amat dukacitanya, Ora Media mengumumkan kematian pengasas bersama, selaku tuan rumah, dan rakan kami iaitu Larry King, yang meninggal dunia pagi ini pada usia 87 tahun,” jelas kenyataan Twitter itu.
pic.twitter.com/x0Hl0X6vqU
— Larry King (@kingsthings) January 23, 2021
King disahkan meninggal dunia pada jam 7:45 pagi waktu tempatan di Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles.
King, menghidap diabetes tahap dua dan mempunyai sejarah isu perubatan yang panjang termasuk serangan jantung dan barah paru-paru serta angina, iaitu masalah pengurangan aliran darah ke jantung.
Terkenal dengan imej melipat lengan kemeja, tali leher berwarna-warni, suspender dan cermin mata besar, King pernah menemu bual banyak nama-nama besar.
Sebelum ini, King, dimasukkan ke hospital pada 3 Januari lalu selepas dijangkiti COVID-19.
BACA: Pengacara veteran, Larry King, dirawat di hospital akibat jangkitan COVID-19
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#Amerika Syarikat
#meninggal dunia
#serangan
#perubatan
#Twitter
#Larry King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan